Penyembuhan Diri dengan Selawat Nabi.

    868

    Assalamualaikum wr wb…..
    Kepada semua Umat Islam dimana juga berada,di sini saya ingin berkongsi amalan untuk penyumbuhan diri atau (jika terasa dirinya macam ngak enak)

    Amalan ini harus dimulakan pada malam jumaat(hari khamis malam)tepat jam 12.00 malam… Sebelum melakukan amalan harus mandi,ambil wudhu langsung sembahyang sunat(kalau tidak dibuat sembahyang sunatnya pun tidak apa)asal wajibnya solat 5 waktu jangan lupa ya.(sediakan air putih satu gelas)
    Tepat jam 12.00 malam,duduk di tikar sembahyang mengadap kiblat sambil berdoa kepada Allah S.W.T supaya menyembuhkan penyakit atau apa jua masalah yang dihadapi(moga moga dibantu oleh ALLAH S.W.T).Di hadiahkan bacaan bacaannya kepada Nabi Muhammad S.A.W,kepada isteri isterinya,sahabat sahabatnya,kepada wali wali ALLAH,kedua ibu bapa,kepada semua mahluk Allah yang Islam iaitu para malaikat,manusia dan jin tak kira yang hidup atau pun yang mati,kepada keluarga dan dirimu sendiri dan pemberi amalan.
    Setelah itu bacalah selawat nabi selepas berdoa tadi hingga masuk waktu subuh(tiap2 100x tiuplah diair yang harus disediakan dihapan kamu),barulah bangun dan mengambil wudhu lagi,lanjutkan solat subuh setelah itu disambung selawatnya hingga waktu syuruk barulah berhenti.
    Selepas itu airnya diminum.
    Esok dan hari seterusnya cukup membaca selawat hingga 1000X(tidak boleh kurang)dengan diikuti ritual yang sama tepat jam 12.00 malam dan air segelas yang ditiup100x dihadapan.
    Lakukan sampai seminggu (7hari) Insya Allah Berhasil…..(kamu akan merasa perubahan,tenang dan pulih tanpa kamu sedari) Bagi masalah berat cubalah beberapa kali………
    Wasallam………

    SHARE

    TIDAK ADA KOMENTAR

    LEAVE A REPLY